- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
13 Sep, 2025 From 7:30 PM to 10:00 PM Aras 1, Dewan Solat Utama Masjid Al-Khair, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Program Maulid | Rabiulawwal 1447H
Cinta Allah, Ikut Nabi ﷺ
Bulan Rabiulawal tiba lagi, bulan penuh kasih, bulan kita memperingati junjungan tercinta Rasulullah ﷺ.
Bukti cinta kita kepada Allah ialah dengan mengikuti sunnah dan petunjuk Baginda, seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 31:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku; nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Sempena bulan penuh keberkatan ini, Masjid Al-Khair menjemput anda untuk turut serta dalam pelbagai program ilmu & cinta Rasul yang telah kami sediakan.
Mari kita kenali Baginda ﷺ dengan lebih dekat, fahami sunnah Baginda, dan hayati ajarannya dalam kehidupan seharian.
Inilah masanya untuk kita suburkan kembali cinta Rasulullah ﷺ dalam diri, keluarga, dan masyarakat.
Jom raikan bulan Rabiulawal ini bersama-sama! Kerana mencintai Nabi ﷺ adalah jalan menuju cinta Allah.
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Sabtu, 13 September 2025
Masa: 7.30 malam - 10 malam
Tempat: Aras 1, Dewan Solat Utama Masjid Al-Khair